Engku Mohd Azri b Engku Haji Abdul Rahman

Hidup Seimbang, Hidup Menyumbang

Succesion Planning Group 2

Posted by engkuazri on January 27, 2009

Salam hormat kepada semua pembaca sekelian
succesion planning group yang ke 2 UiTM telah dijalankan di Trolak Residence pada 23 – 25 Januari 2009. Seramai 30 orang peserta dari UiTM seluruh negara telah menyertainya.
Dalam proses memantapkan kepemimpinan diri, fasa pertama ini lebih kepada pengenalan dan kefahaman dalam kepemimpinan tersebut. Sesi ini berjalan dalam keadaan yang “ringan” di mana ia banyak berkisar kepada aspek mengenali ciri-ciri pemimpin, memahami kerenah dan kehendak pengikut, cabaran-cabaran dalam kepimpinan serta beberapa isu lain yang berkaitan dengan pembangunan pemimpin.
Dalam sesi ini juga, para peserta telah menunjukkan komitmen dan kerjasama yang sangat baik. Rasa ingin berkongsi dan belajar telah membuka ruang yang luas untuk mendalami segala ilmu pengetahuan yang mereka miliki.
Sudah tentu proses membangunkan kualiti pemimpin merupakan satu proses yang panjang bahkan tiada titik noktahnya. Ini kerana setiap pemimpin harus memiliki ciri-ciri pembelajaran berterusan agar mereka akan sentiasa menjadi lebih baik dari sehari ke sehari.
Tahniah kepada para peserta yang telah mengikuti kursus ini dengan jayanya. Saya sangat teruja dan tidak sabar untuk menemui tuan-tuan dan puan-puan dalam fasa yang kedua nanti. Sikap tuan-tuan dan puan-puan yang begitu terbuka walaupun masing-masing memiliki pengalaman dan kelayakan akademik yang jauh lebih tinggi dari saya menjadikan saya lebih menghormati tuan-tuan dan puan-puan. Sangat jelas sekali, segala anugerah yang tuan-tuan dan puan-puan miliki tidak menjadikan tuan-tuan dan puan-puan hilang pertimbangan dan menolak ilmu yang datang kepada tuan-tuan walaupun ia datang dari individu yang serba kekurangan ini. Sesungguhnya segala kemahiran dan ilmu pengetahuan yang kita kongsi bersama hanya memberi makna apabila kita berusaha mempraktikkannya apabila kita memulakan tugasan kita nanti.
Semoga berjumpa di fasa kedua nanti. wassalam

2 Responses to “Succesion Planning Group 2”

  1. Shakirah Mohd Abd Rahman said

    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!
    Saya ingin mengucapkan terima kasih terutama kepada YM Engku dan Stafnya kerana telah berjaya mengendalikan kursus ini dengan jayanya. Banyak yang saya belajar dari kursus ini yang InsyaAllah akan cuba dipraktikkan. Juga terima kasih kepada ILQAM kerana telah mengadakan kursus ini. Seperti Engku saya juga merasa begitu teruja kerana dikalangan peserta ada yang memiliki ‘title’,pangkat dan kelayakan akademik yang tinggi tetapi mampu melupakan semuanya dan sanggup berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dalam suasana Ukhwah bagi menimba ilmu. Tahniah untuk semua.

  2. Ros A Halim said

    Assalamualaikum
    Selepas 3 minggu mengikuti kursus ‘Succession Planning Group 2’ baru kini berpeluang masuk ke blog ini (tak pernah tak sibuk). Anyway, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd Engku and team for taking me through the course. The activities which may seem light, left an indelible mark on me. And the friends made is priceless. Even though I don’t think I have what it takes to be a leader, the lessons learnt, the experience gained and the time spent during the course was worth it. Thank you very much to iLQaM as well for providing the opportunity.

Leave a comment