Engku Mohd Azri b Engku Haji Abdul Rahman

Hidup Seimbang, Hidup Menyumbang

Archive for January, 2009

Memupuk minat menulis

Posted by engkuazri on January 27, 2009

salam sejahtera kepada semua pembaca

Tanpa saya sedari rupa-rupanya saya telah menerima beberapa ratus pengujung ke blog saya ini. walaupun tidak ramai yang menulis atau memberikan komen kepada apa yang saya tulis tetapi jumlah itu cukup menyeronokkan saya. Saya memahaminya kerana penulisan saya setakat ini lebih kepada topik khusus dan jumlah yang terlibat dalam satu-satu penulisan saya hanya sekitar 30 orang sahaja.

Mungkin selepas ini saya seharusnya lebih banyak menulis terutamanya topik-topik yang lebih meluas seperti aspek kepimpinan dan kepengikutan, pengukuhan hubungan dalam rumah tangga, kerja berpasukan, pembangunan personaliti, pandangan berkaitan dengan politik semasa hatta mungkin juga berkisar tentang hiburan dalam negara kita.

Saya perlu mengakui bahawa penulisan bukan bidang yang saya minati. Bahkan saya sangat kagum dengan insan-insan yang mampu menulis buku, novel atau apa sahaja dengan gaya bahasa yang indah dan mengusik jiwa serta memberikan kesedaran dan bimbingan kepada pembaca mereka. Tidak terbayang oleh saya bagaimana komitednya mereka ini menulis dan menyiapkan penulisan mereka. Sedangkan saya tidak mampu menyiapkan buku saya yang bertajuk ” Rahman Self Therapy – Pengukuhan Personaliti danHubungan Insan” walaupun mendapat permintaan setiap kali saya menyampaikan ceramah mahupun mengendalikan kursus.

Walaupun begitu saya ingin mencuba bermula pada 2009 ini saya akan menulis beberapa artikel di ruangan ini sekadar untuk mempelbagaikan lagi penulisan yang sedia ada. Dan mungkin saya memulakan dengan topik PRK Kuala Terengganu memandangkan saya merupakan salah seorang pengundi berdaftar dan telah mengundi pada pilihanraya kecil yang lalu. Sudah terlambat? saya rasa tidak kerana analisis mengenainya pun masih berterusan hingga ke hari ini dan saya ingin melihat dari sudut yang pelbagai. Insya Allah

Posted in kisah patut baca | Leave a Comment »

Mandian Buih – percaya atau dipercayai

Posted by engkuazri on January 27, 2009

Kita kerap kali diperkenalkan dengan pelbagai jenis produk. Manakala produk ini pula kebanyakannya datang bersama dengan testimonial tentang betapa bagus dan berkesan produk tersebut.
Saya juga kerap diperkenalkan dengan produk-produk sebegini. Melalui testimoni yang dipaparkan samada melalui tulisan beserta gambar, diceritakan mahupun melalui vcd memang menunjukkan ia merupakan produk yang bagus. Cuma apabila terlalu banyak produk yang bagus maka kita mula mencari produk yang lebih bagus dan oleh kerana banyak testimoni maka kita juga mencari testimoni yang paling bagus dan berkesan. Maka apabila terlalu banyak testimoni yang terlalu bagus maka kita pula berkata pada diri sendiri, kita bukan kenal mereka pun. Jadi ia seperti sukar nak percaya. Macam kata pepatah : “seeing is believing”.
Saya juga mengalami isu yang sama. Banyak produk bagus dan banyak testimoni bagus hingga susah nak percaya. Apa yang menarik, saya mengenali individu ini yang saya memang tahu beliau mengalami sakit gout yang teruk (level 4). Apabila ia diserang maka akan terlantar atas katil lebih kurang sebulan, berak kencing semua atas katil. Azabnya boleh saya bayangkan sebab saya pernah kemalangan dan setahun tak dapat berjalan.
Baru-baru ini saya call beliau setelah hampir tiga tahun terputus hubungan, sekadar nak bertanya khabar. Rupa-rupanya beliau dah sihat dan mampu bergerak dengan selesa. Beliau bercerita bagaimana beliat rupanya telah diserang gout yang teruk dan terlantar hampir tiga bulan. Azabnya jangan ceritalah, memang tak tertanggung. Berak kencing juga atas katil dirumah. Dia berusaha mencari penawar penyakit. Dimana sahaja orang mengatakan ada tempat yang mujarab pasti dicuba. Hingga beliau telah ke Beijing untuk mendapatkan herba dan berjumpa pakar akupuntur, tetapi tetap tidak berhasil. Ketika telah hampir putus asa, beliau diperkenalkan oleh seorang pemandu teksi dengan mandian buih. Kali pertama cuba beliau dapat bergerak tetapi beliau percaya bahawa itu adalah kesan paint killer yang beliau ambil sebelum datang ke tempat mandian tersebut. Maka beliau dipesan agar datang keesokannya tanpa mengambil ubat penahan sakit.
Keesokannya beliau mencuba lagi tanpa ubat tersebut dan setelah mandi beliau dah mampu berdiri memapah dinding. Maka beliau membeli alat tersebut dan terus mengamalkannya hingga beliau benar-benar sembuh. Setelah itu beliau mengambil cuti tanpa gaji semata-mata untuk mengkaji berkaitan dengan mesin dan kandungan garam serta minyak terapi yang lain. Beliau pergi ke German untuk melihat sendiri tempat garam itu digali dan apabila pulang beliau membuat keputusan untuk menceburkan diri secara sepenuh masa memasarkan produk tersebut di Malaysia. Setelah membuka pusat spa sendiri di Gombak, banyak testimoni yang diperolehi. Saya telah berjumpa seorang ustaz yang mengalami sakit sendi yang kronik hinnga doktor pakar dah putus asa dengan beliau. Yang menariknya beliau dapat bergerak semula selepas mandi menggunakan mesin ini. Banyak kes lain seperti budak 9 tahun lumpuh dari leher ke bawah dan mampu berjalan, kes kencing manis kronik yang sembuh dan sebagainya lagi.
Saya tidak dapat meyakinkan anda pembaca kerana anda tidak mengenali mereka seperti yang saya kenal. Dan saya tidak berniat nak yakinkan anda dengan cerita saya. Apa yang saya dapat cadangkan ialah anda mencuba mandian ini atau bawa individu yang bermasalah untuk mencuba mandian ini dan nilai sendiri.
Jika berminat sila hubungi saya dan saya akan cuba mencari pusat spa yang berhampiran dengan anda.
wassalam

Posted in kisah patut baca | Leave a Comment »

Succesion Planning Group 2

Posted by engkuazri on January 27, 2009

Salam hormat kepada semua pembaca sekelian
succesion planning group yang ke 2 UiTM telah dijalankan di Trolak Residence pada 23 – 25 Januari 2009. Seramai 30 orang peserta dari UiTM seluruh negara telah menyertainya.
Dalam proses memantapkan kepemimpinan diri, fasa pertama ini lebih kepada pengenalan dan kefahaman dalam kepemimpinan tersebut. Sesi ini berjalan dalam keadaan yang “ringan” di mana ia banyak berkisar kepada aspek mengenali ciri-ciri pemimpin, memahami kerenah dan kehendak pengikut, cabaran-cabaran dalam kepimpinan serta beberapa isu lain yang berkaitan dengan pembangunan pemimpin.
Dalam sesi ini juga, para peserta telah menunjukkan komitmen dan kerjasama yang sangat baik. Rasa ingin berkongsi dan belajar telah membuka ruang yang luas untuk mendalami segala ilmu pengetahuan yang mereka miliki.
Sudah tentu proses membangunkan kualiti pemimpin merupakan satu proses yang panjang bahkan tiada titik noktahnya. Ini kerana setiap pemimpin harus memiliki ciri-ciri pembelajaran berterusan agar mereka akan sentiasa menjadi lebih baik dari sehari ke sehari.
Tahniah kepada para peserta yang telah mengikuti kursus ini dengan jayanya. Saya sangat teruja dan tidak sabar untuk menemui tuan-tuan dan puan-puan dalam fasa yang kedua nanti. Sikap tuan-tuan dan puan-puan yang begitu terbuka walaupun masing-masing memiliki pengalaman dan kelayakan akademik yang jauh lebih tinggi dari saya menjadikan saya lebih menghormati tuan-tuan dan puan-puan. Sangat jelas sekali, segala anugerah yang tuan-tuan dan puan-puan miliki tidak menjadikan tuan-tuan dan puan-puan hilang pertimbangan dan menolak ilmu yang datang kepada tuan-tuan walaupun ia datang dari individu yang serba kekurangan ini. Sesungguhnya segala kemahiran dan ilmu pengetahuan yang kita kongsi bersama hanya memberi makna apabila kita berusaha mempraktikkannya apabila kita memulakan tugasan kita nanti.
Semoga berjumpa di fasa kedua nanti. wassalam

Posted in Pembangunan Insan dan Kerjaya (korporat) | 2 Comments »

Aktiviti Bulan Disember 2008

Posted by engkuazri on January 6, 2009

Salam kepada pembaca yang dihormati sekelian,

Sepanjang bulan Disember 2008, pasukan One Step telah mengendalikan beberapa program team building kepada beberapa kumpulan. Majoritinya dari UiTM iaitu UiTM Terengganu, UiTM Penang, Fakulti Pergigian UM, Bahagian Audit Dalam UiTM, UiTM Melaka dan Pemandu-Pemandu Sekolah-Sekolah Teknik Zon Tengah. Pelbagai aktiviti dan program telah berlangsung dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh pihak masing-masing.
Walaupun saya tidak berkesempatan menulis setiap aktiviti ini satu persatu tetapi ia sememangnya memberi ruang kepada diri saya sendiri untuk terus belajar dan berkongsi pengalaman serta ilmu yang dimiliki bersama para peserta kursus yang rata-rata memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat baik.
Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberikan kepercayaan kepada one step dan saya dalam mengendalikan pelbagai jenis kursus sepanjang tahun 2008 ini. Semoga hubungan yang telah terjalin bakal dilanjutkan dan dikukuhkan pada tahun-tahun yang mendatang.
Harapan peribadi saya juga agar setiap peserta dan saya juga akan sentiasa memperbaiki diri sendiri dan meneruskan budaya minat dalam mempelajari ilmu-ilmu dan kemahiran-kemahiran baru agar mampu memberikan sumbangan berkesan kepada organisasi dan juga diri sendiri.

Posted in Pembangunan Insan dan Kerjaya (korporat) | 2 Comments »