Engku Mohd Azri b Engku Haji Abdul Rahman

Hidup Seimbang, Hidup Menyumbang

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Posted by engkuazri on August 6, 2010

ramadhan akan muncul beberapa hari sahaja lagi. umat islam sangat mengalu-alukan kedatangan ramadhan yang diberkati. dan semua orang mendapat rahmat dari ramadhan hatta bukan islam sekalipun. semu keberkatan kita dah tahu. sejak kecik ustaz dah cakap tentang kelebihannya sampai yang kecik dulu dah jadi ustaz pulak dan terus bercakap.

orang yang tak biasa berniaga pun ramai yang berniaga dan insya Allah untung. orang yang biasa meniaga pulak untung makin banyak dari bulan-bulan lain.  bukan meniaga makanan sahaja. kebanyakan kedai jahit baju dah tutup tempahan sakarang ni dek terlampau banyak tempahan. order kuih raya pun sama. penyeludup mercun pun untung jugak sambil main sembunyi-sembunyi dengan abang polis. kad raya, walaupun zaman berubah, email, mms, sms, dan bermacam perkara baru muncul termasuk harga baru stem tetapi ia tetap laku kerana ke”catchy”annya kepada masyarakat. kaset lagu raya pun laku.

mudah cerita semua untung.termasuk muniandy dan ah cheong kedai karpet. dan pembeli pun wajah ceria. ye lah….berjuang sebulan menghabiskan puasa harus di sambut denga penuh gilang gemilang ibarat sang pejuang meraikan kemenangan di medan perang. kan ustaz ada cakap, berjuang melawan hawa nafsu tu lebih besar dari perjuangan di medan perang…ustaz kata laaa…jadi persiapan kena jitu, sambutan harus padu, keraian memakan masa sebulan syawal macam lagu azlina aziz….baru meriah sakan dan berbaloi puasa sebulan….

kisah saya pulak…..setahun lalu…tepat pada hari pertama ramadhan…saya memulakan misi untuk mengurangkan berat badan… dengan mengambil pengiktibaran kepada perkara yang berlaku kepada orang tersayang dan memikirkan masa depan maka azam dilakukan serta tindakan dirancang….seminggu pertama Allah sahaja yang tahu betapa perit untuk melaksanakannya…..tak makan nasi langsung…..satu keadaan yang tak boleh diterima dek akal ini…sepanjang hayat tak pernah tak makan nasi lebih dari sehari…tiba-tiba tak makan seminggu…dapat sahaja nasi selepas seminggu terasa terubat rindu…. tapi kerana dah perit seminggutak makan maka  kontrol jugak la makan tu…

masuk minggu kedua…..perut mula boleh terima bahawa tanpa nasi masih boleh hidup cergas dan berstamina tinggi. dan hari-hari dalam bulan ramadhan mula dinikmati dengan hati yang seronok dan badan yang semakin ringan kerana tidak diberatkan dengan nasi. Alhamdulillah selepas 15 hari berpuasa berat badan dah turun 6 kg….takde perkataan boleh menggambarkan keseronokan tersebut. inilah turning point nya. dia punya perasaan naik semacam je….azam nak kurang lagi jadi dah tak keruan….seronok dah tahap mencecah paras siling….

selesai bulan ramadhan, berat dah turun keseluruhan hampir 15kg. tak boleh nak cerita dah dia punya seronok. problem yang timbul pun problem jenis seronok. seluar dah mula jadi pelik. kena jerut baru boleh pakai. tanpa tali pinggang yang dijerut pasti seluar dengan mudah turun selamba tanpa sedar. so mula selongkar seluar lama. dapat seluar yang lebih 5 tahun tak pakai, sekarang bukan sekadar boleh masuk tapi dah mula menjerut jugak.

syawal hari kedua, mula berpuasa semula. perjalanan dari rumah ke terengganu juga berpuasa. bulan syawal bukan lagi puasa enam tetapi yang tak puasa enam hari. tengok orang makan dah tak kisah dah. terliur tu tetap ada. itu fitrah Allah jadikan. tapi tidak terdorong nak makan. bahkan semakin seronok berpuasa. masuk bulan berikutnya juga amalan berpuasa menjadi amalan yang paling menyeronokkan. bahkan ketik mengendalikan progrm dan memberikan ceramah tetap dalam keadaan berpuasa. buka puasa pulak ala kadar sahaja.

selepas lima bulan berat keseluruhan turun ialah 26 kg. saiz pinggang dari asal 46inci dah jadi 36 inci.  seluar dah tak boleh pakai dah. nampak serupa seluar pinjam. terpaksa beli seluar baru. seronoknya sama macam dapat berjalan balik selepas kemalangan negeri tahun 1996 dulu. tak boleh nak gambarkan. dan yang paling terpenting ialah apabila keputusan darah menunjukkan sistem badan dalam keadaan terkawal.

azam ramadhan tahun ini? perbanyakkan amalan sudah tentu. dan kurangkan sedikit sahaja lagi dalam 5-10kg dan saiz pinggang dalam 2 inci. itu sahaja. tercapai alhamdulillah. tak tercapai usaha berteusan dan enjoy.

seruan kepada mereka yang azam nak kuruskan badan atau kurangkan berat badan, inilah masanya. niat untuk sihat supaya mudah beribadat dan buat amalan yang Allah redha. tips ringkas pertama, berbuka puasa dalam keadaan kurang selesa dan jangan sekali-kali berbuka sambil mengadap juadah pelbagai, kebarangkalian anda tewas sangat tinggi. selebihnya selepas ini dan juga boleh didapati di engkuazri.blogspot.com

Posted in kisah patut baca | Leave a Comment »

Memori Sekolah Rendah

Posted by engkuazri on August 3, 2010

bila terkenang balik memori lama di sekolah rendah, rasa nak tergelak pun ada. rasa seonok pun ada. macam-macam rasa. tapi yang paling utama saya memang sangat suka pergi sekolah. diulang suka pergi sekolah. belajarnya belum tentu.hehe. tahap seronok pergi sekolah atau orang sekarang panggil komited, pernah satu hari saya demam, berjalan pun dan huyung hayang tapi masih berdegil nak pergi sekolah. begitulah tingginya komitmen pergi sekolah.

kenapa? kerana disekolah ada banyak permainan. masa bermain boleh main. masa rehat boleh main. dan masa belajar pun boleh main. jadi pergi sekolah sebab utama adalah bermain. disamping itu jugak mungkin sebab kami ni suka bermain jadi cikgu beri tugasan untuk cop buku-buku teks sekolah satu stor kepada kami. memang peranan paling kami suka. begitu juga angkat air susu dalam kotak untuk budak-budak penerima bantuan. upahnya air susu seorang sekotak.

tapi yang menghairankan saya dalam ramai-ramai pelajar bagaimana ustaz pilih saya untuk membacakan doa perhimpunan pagi. padahal ramai murid-murid cemerlang yang lain. jadi setiap kali perhimpunan saya akan duduk depan bersama guru-guru. pernah sekali guru besar sound masa ucapan akan ambil tindakan murid-murid tak pakai stokin dan name tag. yang bestnya kedua-duanya saya tak pakai. begitu juga ustaz yang sama panggil sama masuk pertandingan hafazan ayat lazim.

mungkin berkat guru ini yang menjadikan saya cenderung memahami bidang ini. maka ia memudahkan saya dalam meningkatkan keyakinan diri dalam public speaking. juga mempelajari bidang agama dengan lebih mendalam.

terima kasih ustaz dan semua guru-guru

sekolah rendah sultan sulaiman 1, 1979-1984

kuala terengganu

Posted in kisah patut baca | Leave a Comment »

jadi…apa beza antara kita dan mereka?

Posted by engkuazri on July 13, 2010

ralit melihat sang burung tekun membuat sarangnya di celah garaj kereta rumahku. melihat burung tersebut terbang kembali selepas pergi seketika. dimulut terdapat ranting kayu yang kecil, ntah dimana dia mendapatkannya. sudah tentu tidak perlu ke hardware sungai merab atau bangi. kemudian ia hilang kembali dan seketika muncul dengan ranting lagi. berulang alik melakukan perkara yang sama demi menyiapkan sebuah rumah.

dalam keadaan tersebut aku terfikir sejenak, apa beza antara aku dan mereka. keluar pagi balik petang, kadang-kadang malam. balik rumah keletihan dan masuk ke sangkar untuk berehat kerana esok episod sama akan berulang kembali. bangun pagi terdengar kicauan burung tersebut juga bangun seperti aku.balik juga membawa sesuatu untuk dimakan. sama seperti burung. ada anak. perlu disuap.

jadi apa bezanya antara aku dan mereka? aku perlu makan. burung pun perlu makan. aku perlu tidur,burug pun perlu tidur. aku berkeluarga, burungpun sama. burung ada anak-anak, akupun ada. arh sesekali berselisih faham, aku jugak tengok burung pun pernah juga kelihatan semacam berselisih. aku memiliki rumah, burung pun memiliki rumah.

apabila tiba saat penamat hidup ku kira juga sama. mungkin aku ada kubur mungkin jugak tidak, begitu jugak burug. jadi apa beza aku dengan mereka? di saat aku disoal di dalam kubur…agaknya samakah lagi aku dan burung? di saat aku sibuk dengan kehidupan dunia, burung berterusan berkicau sebagai zikir tanda memahami dan mengakui keagungan ALlah dan mengakui diri sebagai hamba. di kala aku berjalan membusung dada di bumi ini, burung masih lagi bertasbih kepada Allah.

maka diakhirnya mana yang lebih beruntung, menjadi akukah atau menjadi burung? alangkah bahagia burung kerana ciptaan itu akan kekal berzikir dan bertasbih sambil menunduk kepala sentiasa kepada yang Maha Pencipta sedangkan aku kadang kala teringat banyak kali pula terlupa siapa Pencipta alam ini dan seluruh isinya…….

Posted in kisah patut baca | Leave a Comment »

The Unsung Heroes – SK Chini Timur 2

Posted by engkuazri on July 5, 2010

rasanya dah lama tak kendalikan program sekolah rendah. dan memang dah lama tak kendalikan program sekolah diluar dari lembah klang. kali ini berpeluang mengendalikan kursus di sekolah luar bandar. perjalanan dari kuala lumpur sekitar tiga jam lebih. dan masuk jauh ke dalam kawasan felda.

program diadakan dikawasan sekolah dan budak-budak berkhemah di padang sekolah. manakala kami pulak bermalam di bilik rawatan. sekolah mempunyai lima blok bangunan dan bilangan murid berkurangan dari 1000 lebih pada 2002 menjadi tidak sampai 500 orang pada tahun ini.

menyaksikan komitmen para guru dan ibubapa yang bergotong royong memasak makanan bagi hampir 100 orang yang terlibat memang mengkagumkan. tiada orang besar yang mengiktiraf pengorbanan mereka dan mereka juga tiada matlamat lain selain dari memastikan program berjalan lancar.keadaan sekejap panas terik dan sekejap pula hujan turun dengan lebat tidak menjejaskan tanggungjawab yang mereka pikul dalam menjaga  anak-anak murid mereka.

para RELA pula mengambil alih tugasan menjaga keselamatan murid-mirid pada sebelah malam bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. semua mereka mengambil peranan tanpa ada rungutan yang diluahkan. wajah-wajah kepenatan melayan kerenah murid-murid yang tidak mudah untuk dikawal. bersama keletihan itu terpancar semangat yang tidak pernah padam.

nama mereka tiada dalam senarai manusia berjasa kepada agama dan tanah air. tiada anugerah kepada mereka kerana bertungkus lumus menjayakan program ini. apa yang menjadi bahan bualan ialah apa pula yang mereka akan lakukan setelah menamatkan sesi motivasi ini. dan bagaimana persiapan untuk program seterusnya.

sesungguhnya sekolah kebangsaan chini timur 2 sangat beruntung kerana memiliki guru-guru yang begitu bersemangat menjalankan tanggungjawab mereka tanpa mengenal penat dan lelah. saya sangat percaya banyak lagi sekolah lain yang juga memiliki guru-guru yang berhati waja dan berjiwa kental menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh rasa bangga. semoga malaysia terus melahirkan guru-guru yang memiliki kualiti yang hebat sebegini. melakukan kerja lebih dari gaji yang mereka terima. dengan segala kekurangan yang melilit diri mereka tidak menjadikan ia sebagai alasan untuk menyerah kalah sebaliknya terus berusaha dengan apa cara sekalipun bagi menjamin anak murid mendapat yang terbaik dari mereka.

dan KAMI pula, sangat berbangga menjadi sebahagian dari mereka walaupun hanya untuk 3 hari sahaja. doa KAMI semoga mereka terus cemerlang sebagai guru contoh kepada guru-guru lain dalam mengajar erti sebenar “PENGORBANAN”. dan semoga anak-anak murid mereka juga menjadi pelajar yang cemerlang dan menghargai setiap detik pengorbanan ibubapa dan juga guru-guru mereka.

Warga SK Chini Timur 2 – anda adalah hero-hero yang tidak didendangkan….balasan anda hanya dari ALLAH semata-mata

Posted in Motivasi dan Pembangunan pelajar | Leave a Comment »

Projek Penanaman Cendawan

Posted by engkuazri on June 27, 2010

projek cendawan belakang rumah dah berlalu hampir setahun. pelbagai perkara berlaku dalam tempoh tersebut. anak-anak yang satu ketika dulu begitu bernafsu makan cendawan dah mula kendur dek terlalu banyak cendawan yang mereka tengok. kawan-kawan yang datang bertandang memang akan dapat hidangan cendawan, sebahagian pula bawak balik. resepi cendawan juga dah pelbagai. semuanya sedap-sedap belaka.

apa yang saya dapat dari projek ini? oh banyak sekali.

1. yang paling utama dapat makan cendawan sesuka hati dan boleh makan dalam pelbagai cara, samada tomyam, sup, goreng, masak lemak, masak asam, dan macam-macam lagi.

2. dapat wujudkan satu produk iaitu popia cendawan. telah dipasarkan dan mendapat permintaan yang menarik, cuma tak sempat nak pasarkan secara komersil kerana kesibukan dengan training program. bahkan pernah berbincang dengan restoran di arab saudi untuk dipasarkan disana.

3.dapat sedikit pulangan dengan menjual secara terus ke restoran dan kedai-kedai runcit. ini pun tak mampu nak tampung permintaan kerana supply tak banyak sangat. ada yang datang ke rumah nak beli secara konsisten setiap hari, ada yang nak 10kg, 20 dan 50 kilo. tetapi malangnya tak dapat penuhi kerana jumlah tak cukup dan makan sendiri serta raikan sahabat-sahabat pun banyak jugak.

4. dapat mempelajari berkaitan keunikan kehidupan cendawan dan mengetahui suka dukanya bukan sekadar teori ketika pergi kursus sahaja tetapi melihat sendiri apa yang berlaku termasuk jangkitan kulat dan sebagainya.

5. dapat pula membantu dan memberikan panduan kepada program usahawan terutama mereka yang nak mengusahakan cendawan.

6. yang paling penting dapat melihat potensi cendawan dipasaran tempatan dan produk berasaskan cendawan diperingkat antarabangsa.

secara keseluruhannya projek cendawan boleh diusahakan, dan seperti biasa ia memerlukan komitmen yang tinggi dan keinginan yang mantap untuk menjadi usahawan yang berjaya. ada juga yang tidak berjaya tetapi saya yakin mereka ini akan menjadi lebih kuat jika mereka membuat post mortem dalam perusahaan mereka. kepada yang berminat sila hubungi encik zul di cendawan puchong.

Posted in rencana | Leave a Comment »

Kesetanan Israel dan Usaha Kita

Posted by engkuazri on June 11, 2010

kejahatan israel tidak perlu diulas lagi. sejak zaman nabi SAW hingga kini dan akan berterusan sampai bila-bila. itu dah memang tugasan dan peranan mereka. bezanya dulu mereka tunduk kepada umat Islam tapi kini dan terbalik. apa yang berlaku baru-baru ini hanya secebis kisah kejahatan mereka. sedangkan mereka telah lama melakukannya. cuma mungkin publisiti dan kaedah berbeza. tetapi mereka memang sentiasa membunuh dan berbangga dengan pembunuhan yang merek lakukan.

manakala kita pula wajib sekurang-kurangnya membenci dalam hati kerana itulah selemah-lemah iman. jika tiada rasa lagi dalam hati maka tiada lagi iman didalam diri kita. dalam masa yang sama kita perlu membanyakkan doa semoga Allah memberikan pertolongan kepada hamba-hambaNYA.

bukan itu sahaja kita perlu mempertingkatkan keimanan kita, memperbanyakkan bacaan al Quran dan buku-buku ilmiah, menyampaikan ilmu-ilmu, terus membangunkan generasi muda yang berani dan cintakan ALlah. menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. kita harus menjadikan solat sebagai alat penghubung kita dengan Allah.  kita mesti membangunkan ekonomi umat islam. membina jaringan perniagaan. menguatkan ukhuwwah antara muslim. mengamalkan sifat-sifat mahmudah dan menjauhkan diri dari sifat-sifat mazmumah.

tidak perlu berbicara terlalu banyak tentang kejahatan dan kesetanan israel tetapi perlu diseimbangkan dengan persediaan diri dan generasi agar sedia bangkit. ISlam pasti bangkit. itu janji Allah. Khaibar pasti kembali. askar MUHAMMAH pasti kembali. kita mungkin kerdil. kita mungkin kecil. kita mungkin kelihatan ganjil. kita mungkin terasing. ingat lah sabda nabi: Islam datang dalam keadaan asing, dan akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing itu”

Posted in rencana | Leave a Comment »

pedihnya mendengar perceraian

Posted by engkuazri on June 1, 2010

berada di dalam bidang ini sememangnya akan mendengar kes-kes perbalahan rumah tangga termasuk masalah orang ketiga, kahwin senyap-senyap, salah menyalah, bosan hidup bersama, terasa dikongkong, kewangan bermasalah gagal dalam bisnes, berjaya dalam bisnes lepas tu buat perangai
dan macam-macam kes lagi. semua ini menuju kepada satu kesimpulan. ia menuju jalan kehancuran dan perceraian.

hikmahnya ialah saya semakin berhati-hati melayari rumahtangga sendiri kerana sudah melihat kesan daripada kehancuran dan perceraian tersebut. bagaimana penerimaan kepada mereka yang diceraikan. bagaimana pula mereka yang menceraikan. bagaimana pula pihak ketiga iaitu anak-anak menerimanya. semua ini merupakan persoalan yang sentiasa berada dalam benak saya apabila saya berhadapan dengan situasi ini.

walaupun ada yang meluahkan perasaan tersebut tetapi dari gerak wajahnya masih banyak yang disembunyikan. apa yang pasti ia sangat memedihkan walaupun pada sesetengah pihak ia melegakan terutama kes-kes melibatkan penderaan.

semoga ia menjadi iktibar kepada saya dan kepada mereka yang berada di dalam bidang ini agar berhati-hati dalam kehidupan sendiri dan tidak jemu untuk membantu sekadar termampu untuk membuka jalan bagi pasangan menyelamatkan rumahtangga mereka.

ada 2 isu yang ingin saya ketengahkan dan harap ia mampu menjadi panduan kita bersama. pertamanya ialah AMANAH. ini perlu diberikan perhatian yang sangat serius. kerana ia hanya datang sekali sahaja sebagai pakej yang lengkap. jika kita mengabaikannya atau merosakkannya maka tiada lagi pakej tersebut. jika dimaafkan sekalipun kesan parutnya masih ada. kerana itu jugalah maka 80% lebih daripada penagih dan banduan kembali ke tabiat mereka kerana mereka gagal mendapatkan amanah kepercayaan untuk kali kedua. jadi kepada pasangan rumahtangga jaga AMANAH ini dengan terbaik.

isu kedua ialah KOMUNIKASI. semakin kerap ia dilakukan semakin faham pasangan kepada pasangannya. semakin kurang komunikasi maka semakin banyak salah sangka dan pra sangka akan timbul. berikan penjelasan dan beri ruang kepada penjelasan. lawannya ialah tindakbalas ketika hati sedang membara. kerana itu banyakkan bersabar, tahan nafas, jauhkan diri sejenak, dekatkan dengan air samada basuh muka, ambil wudhu’ atau pun mandi. kemudian dengar dengan teliti penjelasan agar tidak timbul penyesalan di kemudian hari.

Posted in rencana | Leave a Comment »

Selamatkan negara dari kebangkrapan

Posted by engkuazri on May 31, 2010

apa yang menyebabkan kebangkrapan sesebuah syarikat? adakah kerana terlalu banyak memberi diskaun kepada pekerja? atau perbelanjaan mengurus terutama yang tidak perlu telah terlalu besar?

bukankah lebih adil kepada menteri yang membuat pengumuman untuk turut serta menyenaraikan perbelanjaan negara yang lain seperti rombongan perdagangan luar negara serta pulangan balik. adakah yang pergi itu betul-betul memberikan manfaat kepada pembangunan ekonomi negara atau ada penumpang yang menjadikan jumlahnya tidak seimbang?

bagaimana pula dengan kos sambutan pelbagai acara yang diadakan di Malaysia. adakah berbaloi dengan keperluan atau berlebihan? perlukah promosi sesuatu perkara diadakan dengan begitu meluas contohnya kempen rakan muda yang tidak membabitkan masyarakat keseluruhan?

bagaimana pula keuntungan negara dalam menjual sesuatu?adakah mendapat keuntungan yang sepatutnya?atau berlaku ketirisan dalam menjalankan urusniaga?adakah negara mendapat pulangan seperti yang sepatutnya?atau berlaku perkara-perkara “tak patut”?

memang mudah untuk mengandaikan bahawa demi menyelamatkan negara dari bangkrap maka perlu dihapuskan subsidi secara berperingkat. tetapi bagaimana apabila kesan kenaikan harga minyak dan bahan asas lain akan juga meningkatkan hampir keseluruhan harga barangan dan perkhidmatan sedangkan kenaikan gaji, peluang pekerjaan, peluang perniagaan dan kualiti produk serta perkhidmatan tidak seimbang.

bagaimana jika rakyat pula mengalami masalah kebangkrapan?bukankah ia juga memberikan kesan yang jauh lebih besar?mereka tidak berupaya untuk menjadi kreatif seperti para menteri dan pegawai tinggi yang tahu kaedah untuk mengelak dari bangkrap ini. bukankah ini akan menyumbang kepada kenaikan kadar jenayah seperti yang selalu diwar-warkan.

bayangkan orang-orang kampung yang tidak terlibat pula dengan kenaikan gaji sekiranya kerajaan memberikan jaminan untuk menaikkan gaji kakitangan awam sekali lagi. bagaimana pula nasib kakitangan swasta yang tidak mendapat kenaikan seperti kakitangan awam?salahkan syarikat?mereka juga kesakitan.

jadi melihat kepada keadaan begini adalah lebih baik menteri berkenaan mencari langkah yang lebih menarik untuk menangani masalah kebangkrapan tersebut. ayuh!!!tuan-tuan, dato-dato, tan sri tan sri, anda semua orang-orang hebat belaka. (kalau tak, takkan berada dikerusi itu)….gerakkan langkah baru, kaedah baru, penyelesaian baru, selamatkan Malaysia dari kebangkrapan.

p.s jangan lupa juga kebangkrapan moral, nilai, akhlak, adab, syakhsiah, amanah dan Akidah.

Posted in rencana | Leave a Comment »

4 Jam di Penjara Kajang

Posted by engkuazri on May 20, 2010

kalau selama ini pergi kajang sebab ada sate kajang tapi kali ini lain pulak misinya. sudah lama saya teringinkan lawatan sebegini dan alhamdulillah dengan izin Allah jua maka saya telah diberikan peluang oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk melakukannya. terima kasih jugak kepada Puan Nazirah (kaunselor) yang membenarkan saya turut serta.

untuk pengetahuan semua, penjara kajang mengandungi 3 buah penjara berasingan bagi menempatkan pelbagai jenis tahanan berbeza iaitu penjara utama, penjara wanita dan penjara pemulihan dadah.

secara ringkasnya kami telah dibawa melawat kawasan penjara pemulihan dadah dan melihat aktiviti-aktiviti yang disediakan kepada mereka. pelbagai kegiatan dilakukan. ada dilatih menjadi tukang gunting, kerja kraftangan, tukang masak, kelas agama, berkebun, membuat baja sendiri dan juga kursus keusahawanan sebagai persediaan untuk keluar kelak.

kemudian kami dberikan taklimat penuh berkaitan penjara dan proses pemulihan yang dijalankan, jenis-jenis banduan, hukuman-hukuman termasuk hukuman sebat dan gantung, perjalanan kehidupan banduan dan sebagainya.

ia banyak membetulkan tanggapan dan fahaman saya terhadap penjara serta proses yang dilakukan. jauh berbeza dari tayangan filem terutamanya dari barat. bahkan dapat saya menyelami perasaan para warden dalam menghadapi situasi sukar berdepan dengan kerenah banduan termasuk mereka yang akan menjalani hukuman gantung sampai mati.

mereka berkongsi pengalaman yang pelbagai ini sepanjang taklimat yang diadakan. sesi soal jawab juga berlangsung dengan penuh minat dengan soalan bertubi-tubi dari kumpulan kami.

saat yang paling istimewa pula apabila seorang dari banduan bersedia berkongsi cerita dari permulaan beliau terjebak dengan jenayah sehinggalah bagaimana beliau ditangkap. kemudian beliau bercerita bagaimana kehidupan di dalam penjara telah mengubah kehidupan beliau dan perancangan apabila beliau keluar. dan kekhuatiran paling besar beliau ialah bagaimana pandangan dan penerimaan masyarakat diluar sana kepada beliau nanti. beliau juga masih mempunyai seorang isteri dan seorang anak.

kemudian kami dibawa melawat kantin dan dapur banduan. taklimat bagaimana makanan disediakan dan jugak bekalan yang telah ditetapkan dietnya oleh kementerian kesihatan. saya pula meminta untuk dapat makan makanan banduan. dibenarkan. dan saya rasa makanan yang dihidangkan memang sedap. kalah sesetengah kedai makan kat kl. mereka pula makan 4 kali sehari. memang terjaga makan minum mereka.

selepas dijamu dengan hidangan bihun goreng dan kuih muih, kami dibawa pula melawat galeri penjara dimana semua sayuran yang diusahakan dijual disini. malah pelbagai bentuk kraftangan sehingga buaian besi serta lukisan dijual hasil kreativiti banduan-banduan seluruh negara. bahkan anda boleh menempah meja, kerusi, dan pelbagai alatan samada dari kayu atau besi mengikut citarasa dan design kita sendiri. dan ia akan dihantar terus kerumah anda.

Posted in kisah patut baca | Leave a Comment »

Selamat hari Guru

Posted by engkuazri on May 16, 2010

rasanya macam baru lagi menulis tentang hari guru. rupanya dah setahun berlalu. masa berlari dengan pantas. bukan berjalan lagi dah ni. umur guru pun meningkat lagi setahun. perjuangan guru berterusan. kerenah budak-budak makin kompleks. semangat guru….bergantung kepada guru sendiri dan ibubapa yang hantar anak pergi sekolah.

tahun ini saya dilantik jadi Naib YDP PIBG sekolah kebangsaan sungai merab luar. seperti biasa semua orang taknak pegang tanggungjawab. bukan kerana tak glamour. tapi sebab takut tak terbuat. amanah nya besar.

perguruan adalah  kerjaya mulia. ia menjadi lebih mulia dengan sikap dan perjuangan guru yang tinggi. ia menjadi semakin mulia apabila ibubapa memuliakan guru. budak-budak tak akan biadap atau kurang ajar. bahkan akan semakin hormat pada guru. ingat bagaimana kita dididik oleh orang tua kita dulu.

sebab itu kedua-dua pihak perlu menjaga kualiti kemuliaan ini. mengharapkan satu pihak sahaja menjaganya tidak akan membawa erti apa-apa. apabaila pelajar tidak dapat belajar adab hormat dari ibubapa kepada guru, maka tunggulah apabila mereka dewasa nanti bukan hanya guru yang tidak mereka hormati bahkan kemungkinan amat besar juga kepada ibubapa mereka.

harapan saya semoga pada hari-hari mendatang, rasa hormat dan memuliakan guru dilakukan oleh para guru dan ibubapa sendiri. kepada guru sekiranya anda lakukan lebih daripada gaji yang dibayar, yakinlah bahawa bakinya itu akan dibayar di Hari Kemudian. dan ibubapa rasa hormat dan kemuliaan kita pada guru, bukan kerana batang tubuh mereka tetapi kerana kedudukan dan peranan yang mereka lakukan demi untuk anak-anak kita.

Posted in Pembangunan Insan dan Kerjaya (korporat), rencana | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.