Engku Mohd Azri b Engku Haji Abdul Rahman

Hidup Seimbang, Hidup Menyumbang

idola kecil

Posted by engkuazri on November 2, 2009

ketika berada di Pulau Kapas, mengendali satu program disana, sempat menonton satu rancangan bertajuk “Idola Kecil” rasanya. melihat kesungguhan budak-budak kecil menyanyi dengan gaya, make up,pemakaian orang dewasa, maka kita tidak perlu bimbang lagi dengan barisan pelapis penyanyi di negara kita. melihat pulak kesungguhan penganjur, penuh glomour pemenang, hadiah, sokongan tidak berbelah bahagi keluarga, memang semakin ramailah anak-anak muda yang akan tergila-gila nak jadi penyanyi.

sokongan untuk dunia hiburan memang sangat banyak. sponsor pun banyak. dari reka bentuk stage sampai la ke hadiah semua gah belaka. penonton pun tak kurang ramainya. bawak sepanduk lagi. nak glamour, nak kaya, nak terkenal tak perlu belajar sungguh-sungguh. yang penting belajar menyanyi habis-habisan, pergi kelas vokal, pandai bergaya, jaga rupa (sekarang ni masyarakat makin terbuka-rupa tak penting sangat dah), berani melompat, menari, berjoget, boleh jual bakat.

dikala para motivator dok bersungguh meningkatkan semangat budak-budak supaya belajar, jadi manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang, memberitahu mereka bahawa ilmu akan meletakkan mereka di persada dunia, bekerja keras menjadi pelajar terbaik kerana ilmu akan bawa mereka ke serata dunia, ilmu akan memberi pulangan lumayan, ilmu akan mematangkan mereka, apa yang budak-budak ini lihat sebaliknya. semua itu dapat mereka hasilkan dengan berjoget dan melompat di atas pentas atas nama seni.

tahniah la kepada semua yang banyak menyumbang kepada situasi ini. kalau dah ibubapa pun sokong anak-anak mereka, tiada siapa lagi mampu membendungnya. dikala anak bangsa lain sibuk mengejar dan memimpin dunia, anak bangsa kita sibuk mengejar dunia glamour yang nampak cerah dari luar. nanti pada akhirnya apabila orang lain yang mentadbir, jangan kita jadi badut sudahlah.

Posted in dunia hiburan | Leave a Comment »

Popia Cendawan “Mak Engku”

Posted by engkuazri on October 27, 2009

salam semua.

projek terbaru saya yang telah dilancarkan ialah popia cendawan berjenama “Mak Engku”. jika sebelum ini saya hanya mengedar cendawan mentah sahaja tetapi semenjak beberapa hari sebelum Ramadhan saya telah mula menghasilkan popia cendawan. resepinya datang dari kakak saya iaitu Engku Zainun. so dari emak mengajar kepada kakak dalam memahami erti masakan, so saya namakan ia “Mak Engku”. untuk Bonda yang mengajar dan kakak yang sudi memberikan resepi

asalnya hanya untuk mencuba memberikan nilai tambah kepada cendawan segar yang dihasilkan dirumah saya. tetapi sambutan cukup bagus. jadi saya mula menghasilkan packaging dan memasarkannya. hingga kini beberapa syarikat frozen telah menempah popia cendawan ini. bahkan perbincangan telah dimulakan dengan restoran di Arab Saudi untuk membawanya kesana. semoga ia menjadi kenyataan.

popia cendawan di datangkan dengan tiga perasa iaitu perasa kari, kurma dan pedas. tidak menggunakan sebarang pewarna dan pengawet.  R&D telah lebih empat bulan dan masih terus berjalan bagi melihat ketahanan produk ini. berdasarkan kepada beberapa orang yang terlibat ia mampu bertahan lebih dari setahun.

jika ada yang berminat untuk menjadi ejen adalah sangat dialu-alukan. atau ada yang mengenali pemilik frozen company, mohon dapat membantu memperkenalkannya kepada kami.

saya juga sedang berbincang degan sebuah agensi kerajaan yang meminta saya membimbing usahawan mereka bagi membangunkan produk ini. jika ia menjadi kenyataan, popia cendawan “Mak Engku” mampu diperluaskan lagi. saya juga dalam proses mencadangkan kepada Lembaga Zakat bagi memberikan bantuan kepada penerima asnaf zakat untuk membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan. moga ia berjaya. amin

Posted in kisah patut baca | 2 Comments »

Meniup semangat baru

Posted by engkuazri on October 27, 2009

memang dah lama tak update tulisan dalam blog ini. nak kata sibuk sangat tidak juga. nak kata tak sibuk nanti dikatakan tak bekerja pulak. beberapa kali pernah saya cuba memulakan kembali penulisan dalam blog ini tapi ada sahaja yang menghalang.

apa2 pun jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua peserta yang telah mengikuti kursus-kursus kendalian One Step Management Consultant Sdn. Bhd. tidak kira dimana dan jabatan atau organisasi anda. setiap pengalaman dan perkongsian yang saya lalui memberikan makna dan pengetahuan baru kepada saya. ada pepatah menyatakan “pemimpin perlu memperbaharui ilmunya setiap hari, jika tidak mampu, sekurang-kurangnya dengan memerhati dan berkongsi dari ilmu dan pengalaman orang lain.” saya boleh akui bahawa banyak ilmu dan pengalaman yang saya bawa dalam siri program atau ceramah saya adalah hasil daripada perkongsian ilmu dan pengalaman dengan peserta2 kursus.

terima kasih juga kepada semua organisasi yang telah sudi memberikan kepercayaan mereka kepada kami. kami sangat komited dalam memenuhi segala kepercayaan dan amanah tersebut. hidupnya One Step selama lebih 11 tahun datangnya dari kepercayaan ini. semoga ia bukan kepercayaan terakhir dari semua klien kami.

Posted in Pembangunan Insan dan Kerjaya (korporat) | Leave a Comment »

Kenangan Bulan Puasa

Posted by engkuazri on August 27, 2009

bulan ramadhan datang lagi. seperti selalu ia berlangsung tanpa banyak kerenah. sahur apa yang ada. berbuka pun dengan apa yang ada. tak terlalu ada rasa nak memeriahkan bazar ramadhan. kecuali sekali sekala meraikan anak-anak yang berpuasa. budak-budak sekarang memang hebat. anak saya no 3 baru masuk usia 5 tahun dah puasa penuh sehingga hari ini.yang no 1 dan 2 pulak umur 9 dan 7 memang puasa penuh. saya pulak dulu masuk tahun 5 baru belajar puasa.  jadi layaklah diberikan penghargaan dengan membawa ke bazar ramadhan untuk mereka pilih sendiri juadah yang diingini.

tapi puasa masa kecil berbeza. yang menariknya dikampung saya di kuala terengganu, berbuka dan waktu sahur ditentukan melalui bunyi meriam yang ditembak dari atas bukit. oleh kerana rumah saya sangat hampir dengan bukit tersebut maka bunyinya cukup kuat. apatah lagi pada waktu sahur. keadaan sunyi sepi tiba-tiba terdengar dentuman meriam. memang kuat. 3 hari pertama terkejut ketika sedang tidur mendengar bunyinya, tetapi selepas tiga hari bunyi itu dah diserap oleh kekuatan tidur pulak.

Cik memang juara dalam buat kuih dan juadah lain untuk berbuka puasa. jarang sangat kami membeli. sebab dengan apa yang Cik buat pun dah penuh meja. air macam-macam kaler ada. kuih pun sama. semua menyelerakan. tapi bagi yang tak puasa kena makan lambat sikit. kena beri laluan kepada yang  puasa dulu.

bersambung

Posted in kisah patut baca | 6 Comments »

Husband store

Posted by engkuazri on August 19, 2009

saya dapat story ni daripada kawan yang dapat daripada kawan beliau. kisah satu “husband store” yang baru di buka di tengah-tengah bandaraya new york. ia boleh dilawati oleh mana-mana perempuan yang ingin mencari suami. syaratnya ialah sekali lawatan sahaja. dan apabila masuk dan naik ke tingkat atas tidak dibenarkan berpatah balik dan perlu terus keluar. (terjemahan ikut bahasa melayu dan malaysia)

maka naiklah seorang wanita yang sedang mencari suami ini bermula di tingkat 1.

tingkat 1 ditulis ” lelaki ini memiliki kerja tetap dan baik hati

kemudian beliau naik ke tingkat 2 pula

tingkat 2 ditulis ” lelaki ini memiliki kerja tetap, baik hati dan sukakan kanak-kanak

terus ketingkat 3 bertulis ” lelaki ini memiliki kerja tetap, baik hati, sukakan kanak-kanak dan kacak.

wanita ini menjadi semakin teruja, beliau terus naik ketingkat 4 yang bertulis “lelaki ini memiliki kerja tetap, baik hati, sukakan kanak-kanak, kacak dan suka membantu melakukan kerja rumah”

keterujaan wanita ini semakin tinggi, tanpa berlengah lagi beliau memanjat tangga ketingkat 5 yang bertulis ” lelaki ini memiliki kerja tetap, baik hati, sukakan kanak-kanak, kacak, suka membantu melakukan kerja rumah dan sangat romantik.

tidak terkata lagi akan keseronokan dengan sinar terpancar diwajahnya dan terus beliau naik ke tingkat 6 yang bertulis “anda adalah wanita yang ke 4, 363, 012 yang telah melawat tingkat ini. di tingkat ini tiada lelaki, ia hanya diwujudkan bagi membuktikan bahawa wanita tidak pernah puas dengan kriteria lelaki yang diingininya.”

terima kasih kerana membeli belah di pasaraya kami, sila melangkah berhati-hati kerana anda sedang menuju ke pintu keluar, selamat jalan

sekadar bacaan seronok dan fikir sejenak

selamat berfikir dan beramal….hehe

Posted in kisah patut baca | 1 Comment »

Kungfu Panda

Posted by engkuazri on August 19, 2009

semua filem atau drama mempunyai konsep yang sama sahaja. nak tunjuk bahawa kebaikan akan menang apabila melawan kejahatan. walau bagaimana kuat kejahatan pasti akan tewas oleh kebaikan. inilah mesej yang nak disampaikan oleh drama atau filem. tak kisah la jahat perangai ke, jahat rancangan ke, jahat manusia ke, asal jahat pasti kalah dengan yang baik. semua orang faham. belum menonton filem atau drama dah tahu dah. bahkan banyak cerita dah boleh agak scene yang bakal berlaku.

sama jugak dengan kungfu panda ni. yang menariknya cerita ni memang banyak sebab cerita kartun dan kelakar. tapi yang paling saya suka ialah part “belief” yang menjadi inti kepada jalan ceritanya. dan yang kedua apabila scene panda dapat dragon scroll, dia bukak dan takde apa-apa. saya sendiri tak agak bahawa yang nak ditunjukkan adalah diri sendiri. mungkin sebab masa mula-mula panda (Po) tengok, dia tak tunjuk reflek wajah dia.

secara ringkasnya, dragon scroll hanya nak seseorang yakin dan percaya dengan diri sendiri. tiada rahsia. seperti kata ayah Po, “the secret ingredient of the secret ingridient is nothing”. “You only need to belief and it will be special”.

dalam hidup kita juga perlu yakin bahawa kita adalah special. kejadian kita adalah kejadian special. “telah kami jadikan manusia dalam sebaik-baik kejadian” -tertulis dalam Al Quran. malah lebih special lagi kita telah dilantik menjadi khalifah dimuka bumi. cuma apabila kita tiada “belief” maka kita tidak akan merasa special tersebut.

mencapai “belief” mesti bermula dengan hati, diucapkan dengan lidah dan dilaksanakan dengan perbuatan. barulah lengkap “belief” tersebut.

dan special pula akan semakin terasa apabila kita mula membandingkan dengan orang yang kurang bernasib baik dari kita. sebaliknya ia akan hilang apabila perbandingan dibuat dengan golongan yang lebih beruntung dari kita. mengambil perbandingan untuk meningkatkan diri sangat bagus sebaliknya ramai yang akan mula merungut dan mula lupa anugerah dan special yang dimiliki.

Posted in kisah patut baca | Leave a Comment »

how to handle challenging customer

Posted by engkuazri on August 13, 2009

kursus dua hari ini telah diadakan di hotel d palma, ampang pada 11 dan 12 ogos 2009. dihadiri oleh 21 orang pegawai MSD IIUM terdiri dari 3 lelaki dan 18 wanita. program berjalan dengan lancar dengan perbincangan dua hala dan beberapa teknik yang diserapkan kepada para peserta.

manakala peserta pula telah memberikan respon yang baik dengan soalan dan pandangan berkaitan dengan topik tersebut. setiap sesi juga mendapat kerjasama dan komitmen yang baik dari semua peserta.

semoga segala apa yang telah dipelajari akan dapat dipraktikkan apabila mereka kembali bertugas nanti.

jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan MSD IIUM kerana sudi memberikan kepercayaan kepada kami mengendalikan kursus ini. ia merupakan satu penghormatan dan saya sangat seronok dapat bersama-sama dengan peserta-peserta yang sporting.

kepada yang “kecik hati” kerana kena tegur harap dapat membesarkan kembali hati dan meneruskan sumbangan yang bermakna di MSD IIUM pada masa akan datang. semoga bersua kembali di lain sesi.

wassalam

Posted in Pembangunan Insan dan Kerjaya (korporat) | Leave a Comment »

Alhamdulillah, semuanya selamat

Posted by engkuazri on August 4, 2009

tidak terbayang kerisauan apabila detik isteri saya melahirkan anak kami yang keempat. dengan kemalangan yang beliau alami lebih tiga minggu lepas dan keadaan baby yang dikatakan sedikit beralih daripada kedudukan asal, cukup untuk menakutkan saya sendiri.  apatah lagi apabila salah seorang doktor yang merawat telah mencadangkan kepada kami supaya melakukan pembedahan kerana bimbang tidak dapat bersalin normal.

didepan isteri saya menunjukkan keyakinan tinggi dan sentiasa mengingatkan kepada beliau tentang takdir dan qada’ dan qadar Allah. tetapi jauh dilubuk hati saya sendiri bergetar mengenangkan keadaan tersebut. pada hari selasa 4/ 8/ 2009 pukul 5.15 pagi maka lahirkan sang puteri seberat 3.1kg melalui kelahiran normal.

melihat kembali keadaan isteri saya daripada mula mengandung sehingga menahan kesakitan melahirkan anak dan juga selepas bersalin, menjadikan saya sungguh bersimpati dan terharu dengan pengorbanan kaum wanita. walaupun saya pernah kemalangan teruk hingga patah kaki tetapi ia tidak akan sama dengan kesakitan dalam mengandung dan melahirakan anak. semua ini diharungi tanpa ada rungutan dan sesalan. sungguh tinggi pengorbanan mereka.

kerana itu apabila sesekali isteri saya berleter kerana tidak berpuashati tentang sesuatu, maka ingatan saya terus melayang kepada gambaran pengorbanan dalam mengandung dan melahirkan anak. apalah sangat leteran itu jika dibandingkan dengan pengorbanan isteri. ia memudahkan saya untuk cepat tersenyum dan mengakui kesilapan sekiranya berlaku dipihak saya.

Posted in kisah patut baca | 4 Comments »

balik kerja; suami vs isteri

Posted by engkuazri on August 3, 2009

masih lagi cerita suami isteri. satu senario yang harapnya dah tak jadi pada pasangan moden, terpelajar, bijak laksana, matang, anggun, loving couple, bertoleransi, berpegangan tangan sambil berlenggang, peyanyang, mithali dan sebagainya lagi. kerana ini hanya sekadar contoh sahaja dan tiada kaitan dengan yang masih hidup apatah lagi yang dah mati.

kadang-kadang tanpa tersedar, atau automatik bukan manual, terjadi keadaan sebegini. suami balik kerja dengan kepenatan yang brutal sekali. terus duduk kat kerusi malas. (nama pun kerusi malas, pemalas punya kerusi). sambil baca akhbar terus order air segelas. isteri keluar dari dapur bawak air. kemudian terus beredar. suami sambil baca paper atau menonton tv sambil minum air.

isteri pulak balik rumah terus masuk bilik ambik kain baju masuk dalam mesin basuh. kemudian terus ke dapur untuk persiapan masak atau sedia apa-apa yang patut. sambil menggelegak atas dapur tangan terus berayun menyapu kawasan dapur. tiba-tiba dengar suara suami mintak air. terus keluar dari dapur bawak air (sambungan dari ayat atas). hulur pada suami kemudian terus beredar meneruskan kerja rumah yang tidak pernah siap.

suami dah sejukkan badan dan kurang penat. terus capai tuala dan mandi. isteri masih didapur. bila semua dah siap maka makan malam dihidangkan. isteri mengadap suami yang sedang makan. kadang-kadang makan bersama. kadang-kadang minta suami makan dulu sebab isteri belum mandi. suami pulak makan dengan berselera.  habis makan, basuh tangan. kenyang. senyum. sambung baca paper atau menonton.

isteri pula masuk bilik. mandi. kadang-kadang terfikir takde ke suara memuji masakan dari suami. ada pulak tak fikir dan rasa tak perlu. yang rasa perlu tapi tak dapat rasa sedikit terkilan. balik rumah penat juga dan masak tapi tiada komen dari suami. kemudian mengaku sendiri yang dimasak tu memang sedap. sendiri masak sendiri mengaku.

siap mandi, terus makan. suami tak de nak mengadap isteri makan. habis makan angkat semua hidangan masuk dapur. basuh pinggan mangkuk. siap. angkat baju dari mesin basuh dan sidai. ambik  baju yang dah kering pulak dan lipat. salin jadual sekolah anak-anak. gosok baju sekolah anak-anak dan suami. siap bahan nak buat sarapan untuk anak-anak dan suami esok pagi. kemas apa yang patut di dapur dan ruang tamu.

dan semua itu berlaku ketika suami sedang…..baca paper…hehehe.

ahhhh…mengarut la semua ni. mana ada berlaku macam gini la weiiiiiiiiiiiiiii

Posted in kisah patut baca | 2 Comments »

demam suami vs demam isteri

Posted by engkuazri on July 30, 2009

dalam pengertian demam bagi suami dan isteri ada perbezaan ketara. mungkin ada yang perasan, atau yang tak perasan, dan ada jugak mungkin buat-buat tak perasan. yang  pasti ini mungkin pernah berlaku kepada anda samada anda suami atau isteri. sekadar menjadi teladan kepada kita semua semoga ia menjadikan hubungan suami isteri lebih manis dan mesra. kalau ia tidak berlaku kepada anda, cuba tanya adik beradik atau saudara mara, jiran tetangga, rakan sepejabat anda, manalah tahu….

apabila suami demam, saya namakan demam total. makan kalau boleh atas katil, ubat demam kena hidang bersama air suam. kena tuam lagi. basahkan kain letak atas kepala. isteri suruh anak-anak main jauh-jauh sebab takut terganggu demam suami. semua benda kena isteri tolong buat hatta nak hidupkan atau matikan suis. kalau boleh nak buang air pun atas katil. bila demam sahaja, pergerakan suami terbatas atas katil sahaja.

apabila isteri demam pulak, saya namakan demam berjadual. isteri tak boleh demam macam si suami demam. masuk waktu subuh sahaja mesti bangun sediakan sarapan dan apa yang patut untuk suami nak pergi kerja dan anak-anak pergi sekolah. apabila mereka semua dah takde, barulah mula demam. masuk tengahari terpaksa demam off kejap. nak siapkan anak-anak baru balik tengahari nak makan dan ke sekolah agama pulak. bila anak-anak dah ke sekolah agama, sambung balik demam.  pukul 5 petang demam kena off lagi. sebab suami dan anak-anak nak balik. kena sediakan makan malam. kemudian mandikan anak-anak. ajar mengaji. basuh pinggan mangkuk. gosok baju. siapkan bahan untuk sarapan esok hari. barulah on balik demam. sehingga esok pagi menjelang.

mungkin ada yang berkata “eiii takdelah macam tu. tak pernah kami jadi macam tu” kalau tak jadi baguslah. kepada yang berlaku lebih kurang macam cerita di atas bolehlah bincang balik suami isteri agar dapat mencari formula yang lebih baik dalam menghadapi isu demam. nampak kecil tak semestinya kecil. bila kita mula memandang perkara yang nampak remeh, bimbang inilah menjadi sebab hubungan yang semakin tawar.

hehe…selamat beramal

Posted in kisah patut baca | Leave a Comment »