Engku Mohd Azri b Engku Haji Abdul Rahman

Hidup Seimbang, Hidup Menyumbang

jadi…apa beza antara kita dan mereka?

Posted by engkuazri on July 13, 2010

ralit melihat sang burung tekun membuat sarangnya di celah garaj kereta rumahku. melihat burung tersebut terbang kembali selepas pergi seketika. dimulut terdapat ranting kayu yang kecil, ntah dimana dia mendapatkannya. sudah tentu tidak perlu ke hardware sungai merab atau bangi. kemudian ia hilang kembali dan seketika muncul dengan ranting lagi. berulang alik melakukan perkara yang sama demi menyiapkan sebuah rumah.

dalam keadaan tersebut aku terfikir sejenak, apa beza antara aku dan mereka. keluar pagi balik petang, kadang-kadang malam. balik rumah keletihan dan masuk ke sangkar untuk berehat kerana esok episod sama akan berulang kembali. bangun pagi terdengar kicauan burung tersebut juga bangun seperti aku.balik juga membawa sesuatu untuk dimakan. sama seperti burung. ada anak. perlu disuap.

jadi apa bezanya antara aku dan mereka? aku perlu makan. burung pun perlu makan. aku perlu tidur,burug pun perlu tidur. aku berkeluarga, burungpun sama. burung ada anak-anak, akupun ada. arh sesekali berselisih faham, aku jugak tengok burung pun pernah juga kelihatan semacam berselisih. aku memiliki rumah, burung pun memiliki rumah.

apabila tiba saat penamat hidup ku kira juga sama. mungkin aku ada kubur mungkin jugak tidak, begitu jugak burug. jadi apa beza aku dengan mereka? di saat aku disoal di dalam kubur…agaknya samakah lagi aku dan burung? di saat aku sibuk dengan kehidupan dunia, burung berterusan berkicau sebagai zikir tanda memahami dan mengakui keagungan ALlah dan mengakui diri sebagai hamba. di kala aku berjalan membusung dada di bumi ini, burung masih lagi bertasbih kepada Allah.

maka diakhirnya mana yang lebih beruntung, menjadi akukah atau menjadi burung? alangkah bahagia burung kerana ciptaan itu akan kekal berzikir dan bertasbih sambil menunduk kepala sentiasa kepada yang Maha Pencipta sedangkan aku kadang kala teringat banyak kali pula terlupa siapa Pencipta alam ini dan seluruh isinya…….

Leave a comment